C H E E K Y L I T T L E S M I L E;
Aug 2, 2013
Bakal student UMK.

Assalamualaikum. Bonjour.

Hai. Hmm. Nak story mory apa je eh pagi ni? Kalau nak cerita apa yang Qi buat setiap hari macam bosan pulak. Yela, penganggur terhormat lah katakan. Haha. Haa, baru ingat. Keputusan UPU kan dan berabad dah keluar, tapi Qi tak bagitau lagi Qi dapat mana. Actually Qi dapat dekat nun jauh kat pantai timur sana. Qi dapat UMK. Kampus Pengkalan Chepa. Jauh. Sobsob. 

Dapat pulak course yang memang Qi tak pernah terfikir pun. Keusahawanan Perlancongan. Mula-mula memang Qi menangis beria-ria sebab tanak pergi. Kebetulan, hari keputusan keluar sama dengan hari kebumikan arwah nenek. Sape je yang tak sedih kan? Baru mula puasa, first day puasa, arwah nenek meninggal. Hari kedua, lepas kebumikan arwah nenek, check lah result. Masa tu sangat-sangat berharap ada sesuatu yang boleh happykan Qi. Tapi tak. Qi check sms je masa tu. Sebab Qi kat rumah arwah nenek kan. Tade internet. Lepas check, dia bagitau Qi dapat kat UMK. Mak ayah Qi terkejut. Sebab jauh sangat.

Tapi dia just bagitau kod program je. So, Qi tatau lagi Qi dapat course apa. Suddenly Shu call. Dia tanya Qi dapat mana. Qi cakap lah Qi dapat UMK. Dia kata jauhnya. Dia tanya course apa. Qi tatau. So dia nak tolong check kan. Then dia bagitau Qi dapat course apa. Sedih dia, takyah cakap lah.

Tapi lama-lama, dah boleh terima. Lagi-lagi, bila ingat orang lain ada yang tak dapat. So, Qi macam "patut aku bersyukur kan". So, Qi pun decided nak masuk UMK. So, UMK, I'll be your student this september. Hee. Tapi teringat masa Shu kata hari tu, dia rasa macam dia nak Qi masuk UKM gak sama dengan dia. Siap kata ambillah mass com. Boleh sama dengan dia. Haha.

Takpelah, semua benda jadi, ada hikmah. Kan? Bersyukur je dengan apa yang ada. Bersyukur juga dengan apa yang kita tade. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk hidup kita. Insha Allah. Sekarang ni, rasa excited pulak nak sambung belajar. Tapi takut pun ada. Yela, tak pernah-pernah jauh dari family. First time ni. Less than a month je ni. Hee. Okay lah, nanti-nanti kita cotcet lagi. Haha. Au Revoir!

10:44 AM •
PASTFUTURE
My words!


" I just wanna fly away with my heart from all the bitch for a while "
Blogger since April 2009


Status : CURRENTLY IN LOVE ❤

Tagboard

" Please Spread Your Love Here ? "


Throwback

November 2012

February 2013

March 2013

May 2013

June 2013

August 2013

September 2013

October 2013

January 2014

April 2014

May 2014

June 2014

August 2014

September 2014

January 2015

April 2015

August 2015

October 2015

December 2015

July 2016

January 2017


Credits

Full edit: Qiell Kamal
Basecode: Qiell Kamal
Photo: We Heart It
Design: Inspired by Glam Up by Sora Template

Thanks GuysXD