C H E E K Y L I T T L E S M I L E;
Jan 23, 2014
Happy Anniversary ke-5 Kakak Sayangss♥♥

Assalamualaikum. Bonjour!

Gambar low quality gila. Sebab dah berzaman pun. Google balik jumpa gambar ni. Haha

Heyhey! hee. Hari ni Qi nak post special untuk kakak Qi, Kak Syaf. Akak! Happy anniversary yang ke 5 kak:) So maknanya. You're officially be my sister for 5 years. Bhehe. And ni maknanya kita kenal more than 6 years akak. Mula dari first time adik pindah masuk saujana. Masa tu adik tidur sebelah katil kak farhana. Then lepas dia pindah akak ajak adik tidur sebelah akak. Tapi adik akak ni sombong. Nak tidur sengsorang. Tapi lepas Tenin dengan Syaburn cerita pasal budak atas locker terus adik pindah sebelah katil akak. Bhaha. And start tu lah adik gila-gila rapat dengan akak.

Masa tu semua orang ingat adik ni adik angkat akak sebab the way kita rapat buat orang ingat camtu. Padahal tak pun. Kita rapat sangat. Masa tu adik minat Kak Naad. And ada one day tuh adik pergi tidur dengan Kak Naad dekat Dorm 5. Lepas tu ada two friends of mine minat akak. And you know what. Adik sampaikan jugaklah apa yang diorang mintak sampaikan kat akak. But at the same time adik jealous gila. Maybe sebab kita dah rapat kut.

Tapi adik tak lupa masa birthday adik. Masa tu bulan puasa. Adik kejut akak ajak g sahur kat DM. Tapi macam biasalah, akak tanak bangun. Tapi time tu adik sedih gila kutt. Dah lah akak tak wish langsung malam tu. Sambil acah-acah sedih gitu adik gosok gigi cuci muka. Time ready-ready nak turun bawah tiba-tiba akak tarik pintu locker adik. Akak cakap tunggu akak. Kita turun sama-sama. Masa kat koridor tu lah akak peluk adik ,akak wish birthday. Lepas tu akak kata adik cengeng. Mau tak cengeng, dah la lapar. Lepas tu orang kejut ajak pergi sahur, akak tanak bangun. Haha. 

Time tu jugak adik mula kenal adik akak. Adik mula ngorat adik akak. Haha. Tiap kali minggu balik mesti curi-curi tengok Syafiq. Zaman tak matang dulu. Kelakar. Bila adik naik form 3 kita dah lain-lain dorm. Sedih sebab tak dapat jadi sleeping partner akak dah. Tapi adik rajin gila tidur dorm akak. Hampir tiap hari jugak lah. Katil akak tu dah macam katil adik dah. Start time tu lah adik mula rapat dengan Kak Mai dengan Kak Jane. Time tu jugak lah Kak Da dapat adik angkat kan? Weana. Time tu katil selalu penuh. Sebab kita tidur berempat. Adik tak lupa ada sekali tu akak jatuh (adik tau akak ingat adik tak nampak tapi sebenarnya adik terjaga masa tu.hee). Sebab sempit sangat kut. Hee. 

Start adik f3 akak f5 jugaklah kita officially jadi petsis kan? 18 Jan 2009. Adik tak lupa tarikh tu. Adik bagi akak surat before tu. Adik kata adik nak akak jadi kakak angkat adik. Hari jumaat tu kak Ainaa bagitahu adik yang ada benda happy akan jadi. Adik blur-blur lagi. Lepas tu masa hari ahad tu akak panggil adik pergi dorm akak. Akak bagi surat, akak suruh baca dekat situ. Mula-mula baca adik expect akak tak terima bila adik kata adik nak akak jadi adik angkat akak. Rupanya dah habis baca baru adik tahu. Akak nak jadi kakak angkat adik. Adik happy gila masa tu.

Tapi akak kenakan syarat. Tiap bulan kena tukar hadiah. Lagi tak ingat dah. Masa adik sakit, akak jaga adik. Masa adik demam, akak demahkan kepala adik dengan kain basah. Masa adik pening akak picit kepala adik. Akak tarik tangan adik masa merentas desa. Akak ajak adik lari dengan akak. Tapi adik tak larat. Adik suruh akak pergi dulu. Nasib baik adik suruh akak pergi dulu. Kalau tak confirm akak tak dapat nombor. Sebab adik sampai elok je time orang tu bagi no terakhir. Adik lambat sikit je masa tu. Lepas tu adik pitam. Akak yang tolong adik. Apa yang adik ingat masa tu akak marah Yuswan sebab dia nak amek gambar adik masuk majalah. Adik pun tak tahu mana adik dapat tahu. Haha. 

Akak ada time adik break dengan adik akak. Tapi akak kata akak taknak masuk campur. So thats the end of love story adik dengan adik akak. Then masa akak demam, adik jaga akak. And ada satu hari tu akak balik masa adik kat sekolah. Sebab masa tu akak demam panas sangat.

Adik tak lupa masa birthday adik tahun 2009. Kita gaduh besar. Adik jerit dari dorm adik. Akak jerit dari dorm akak. Semua orang tahu kita gaduh. Semua gara-gara kuih tiram. Haha. Adik tak ingat macam mana kita bole gaduh pasal kuih tiram tu. Yang adik tahu kita gaduh besar. Adik nangis kaw-kaw masa tu. Haha. Sekali ada kak Ainaa gtau yang ada benda happy akan jadi kat adik. Lepas tu adik kata dengan dia, tade maknanya, Tengah gaduh dengan akak tade benda yang happy pun. Then masa birthday adik, kawan-kwan adik datang wish birthday adik. Ada yang siap diri tegak macam nyanyi lagu negaraku. Padahal nyanyi lagu birthday je. Kak Jane semua dah wish. Akak je belum. Adik tunggu gak. Tade jugak. Adik ingat akak still marah dengan adik. So adik pun tidur. Then dalam pukul 1:30 pg kut kak Ainaa kejut ajak teman dia pergi toilet.

Adik ngantuk gila masa tu. Adik rasa macam nak je marah kak Ainaa masa tu sebab kejut adik. Adik pun teman lah dia. Dalam keadaan mamai-mamai masa tu. Adik tunggu kat luar toilet. Tiba-tiba adik dengar tapak kaki adik pusing adik nampak akak dengan kak Lele masuk toilet. Adik pusing balik. Tapi dalam hati "dia ni marah lagi ke dengan aku sampai tanak wish birthday. Kut ye pun marah campaklah tepi dulu. Birthday setahun sekali je kut." haha. Lepas tu tiba-tiba akak baling bedak then korang tiga nyanyi lagu birthday untuk adik. Haha. Masa tu adik rasa nak nangis sebab terharu. Lepas tu akak peluk adik akak mintak maaf sebab buat kita gaduh. Tapi akak pun sakit hati jugak masa tu. Haa baru ingat, sebab akak suruh belanja akak kuih tiram. Tapi adik bagi macam tak ikhlas. Haha.

Time birthday akak pulak adik konon-konon nak bagi surprise kat akak. Adik kata adik ada emergency lah. Kena balik cepatlah. Sekali akak nampak adik tengah lepak dengan kak Miftah kat dorm satu. Dah kantoi kat situ. Haha eh kejap, pernah ke adik berjaya buat surprise. Tak pernah pun kan? haha. Lepas tu kita ada pergi perpustakaan negara sama-sama. Then akak ajak adik pergi KLCC dengan akak. Akak belanja RotiBoy. Lepas tu adik balik rumah. 

Banyak sebenarnya moment-moment yang seronok kalau ingat balik. Adik rindu lah. Rindu akak. Banyak akak pesan kat adik. Adik pun ada ingat adik datang lepak bilik pengetua masa akak spm. dua hari adik stay sana. Seronok. Lepas tu adik ingat akak teman adik pergi solat lepas adik tolong orang histeria. Adik baru tahu adik lemah semangat masa tu. 

Akak, akak promise eh, akak akan jadi kakak adik forever. Janji jangan lupakan adik. Janji tau. And thanks kak sebab sudi terima adik as ur adik angkat. Hee. Akak, orang nak pesan ni, cepat-cepat lah bagi adik abang ipar. Adik nak merasa abang ipar sendiri memang lambat lagi lah. Akak jangan ingat adik tatau eh. Haha. Akak still dengan MYK akak kan? Haihh cepat-cepatlah langsung kak eh? Adik nak jugak merasa ada anak buah ni. Haha

Akak, adik betul-betul rindu akak ni. Bila lah dapat kita jumpa lagi. Last tahun 2010 kut. Adik rindu nak dapat surprise macam dulu lagi. Sekarang tade orang bagi surprise birthday macam akak bagi adik. Tapi takpelah. Haha. Hari ni banyak pulak membebel kat sini. Ala-ala imbas memori gitu. Haha. 


Akak, adik sayang akak tau! Rindu akak sangat-sangat!


12:41 AM •
Jan 1, 2014
2 0 1 4




Hey. Selamat tahun baru. Selamat menghadapi tahun 2014. Um. Malam ni, sebenarnya aku tanak pun cerita benda sedih2. Tapi, nak cerita jugak boleh tak?

Sebenarnya, aku rindu sangat nak tengok the real fireworks. Kira da berzaman jugak lah. Ceh, tade lah berzaman. Cuma dengan family lah da berzaman tak tengok fireworks. Mana tak nye, sejak duk matrik tak dan nk tengok ngn family. Tapi tapela dapat jugak tengok dengan member kan. Tapi paling sedih masa 31 ogos ngan hari ni la. Masa 31 ogos tak dapat tengok sebab masa tu dekat kelantan. Hari ni pulak ayah keje. Mak busy. Nak bukak sekolah kan. Dari tingkap bilik memang harapan lah nak nampak fireworks. 

Kan best kalau sekarang dapat tengok fireworks. Tau tak aku siap pernah berangan tau , kalau ada org nak purpose aku nanti, dia buat surprise siap ada fireworks bagai. Ohh alangkah indahnya. Tapi macam harapan jela kan. Takpela. um. Ampun. Ingat cerita 2014 ni nak cerita happy happy sikit. Tapi choi, awal2 dah cerita sedih2. Tapewla. Aku nak blah dulu. Nak mimpi2 fireworks malam ni. Tak dapat tengok depan mata, tengok dalam mimpi pun jadilah eh. Selamat malam!:)

12:34 AM •
PASTFUTURE
My words!


" I just wanna fly away with my heart from all the bitch for a while "
Blogger since April 2009


Status : CURRENTLY IN LOVE ❤

Tagboard

" Please Spread Your Love Here ? "


Throwback

November 2012

February 2013

March 2013

May 2013

June 2013

August 2013

September 2013

October 2013

January 2014

April 2014

May 2014

June 2014

August 2014

September 2014

January 2015

April 2015

August 2015

October 2015

December 2015

July 2016

January 2017


Credits

Full edit: Qiell Kamal
Basecode: Qiell Kamal
Photo: We Heart It
Design: Inspired by Glam Up by Sora Template

Thanks GuysXD