C H E E K Y L I T T L E S M I L E;
Dec 16, 2015
NO TITLE

Hey, first of all aku nak mintak maaf dulu. Sebab post kali ni memang banyak guna bahasa kasar. 




In this few weeks, macam macam jadi. Aku break up dengan so called cinta hati. Why break up? Sebab dia dah engaged to someone whilst he still in relationship with me. Cruel isn't it? 3 Tahun. 3 tahun aku tunggu. Dia ajak kahwin, aku siap tanya mak aku. But end up, ini dia buat kat aku. Taknak mengaku pulak tu. Bukti dah depan mata masih nak mengelak. What kind of man like that? Coward. Tak Gentle. I'm so glad aku nampak gambar tu a few days after he engaged. Cuba bayangkan kalau aku ambil keputusan tak tanya. Entah entah sampai sekarang aku still ada relay dengan dia and taktau yang dia dah bertunang.

Baru ingat nak settle kan after our third anniversary which aku dah plan macam macam nak surprise kan dia. Terus cancel everything. Yelah orang semua suruh tanya kan. Mana ada boyfriend yang tak contact sampai sebulan. Busy macam mana pun at least seminggu sekali text. Memang aku dah agak there's something fishy. Biasalah perempuan. Perempuan mana je yang takde naluri hati? Tell me. Tapi masa tu aku sedapkan hati. Bcs I know, he's a good guy. Selama aku kenal dia, aku tak pernah nampak buruk dia except for being too busy (buruk jugak ke tu? Tak rasanya). Cuma aku betul betul tak sangka dia sanggup buat macam ni. Guys. Semua sama. Sorry to say tapi mostly yang sakitkan hati aku is that kind of guy. Malang seh nasib aku.

Tapi paling sedih bila tengok muka ayah aku lah lepas dia tahu pasal ni. Weh, aku anak sulung. Cucu sulung pulak. Mestilah ayah aku excited. Dah pulak siap dia pernah suruh aku tanya lagi pasal kahwin. Dia tak cakap dia sedih pun aku tahu dia sedih. Lagi satu mana ada ayah yang tak sedih tengok orang buat anak dia macam ni. And baru sekarang aku faham kenapa ayah aku tak bagi aku kahwin time belajar. Semua sebab ayah aku taknak bakal laki aku susah payah or terasa beban sebab aku still study. Bcs ayah aku still ada kudrat , still mampu nak cari duit untuk tanggung aku masa belajar. 

But this guy, he totally makes my family disappointed with his attitude. Lepas tahu aku sakit, slow slow dia jauhkan diri. Main tarik tali. Aku ajak jumpa, alasan, nak tunggu aku sihat. Bullshit! Sedangkan dia tahu aku akan selamanya macam ni. Dia tahu condition aku tak selamanya akan nampak sihat. Ayah pun dah lama perasan cuma ayah nak tengok berapa lama dia boleh tahan. Plus dia kenal aku before aku sakit lagi kut. So memang patut ayah kecewa dengan orang yang tak bertanggungjawab, tak gentle macam dia. 

Lepas dua tahun dia dengan aku baru dia rasa yang dia tak sayangkan aku as couple. Cuma boleh sayang aku as adik. Serious shit aku tak faham. Dulu dia yang bersayang sayang bagai dengan aku. "10/11/12 should be our precious date lah". Sebab tu dalam persahabatan antara lelaki dengan perempuan jangan pernah kau jadi sweet talker. Sama jugak hal kahwin. Jangan buat hal kahwin tu hal main main. Sekali kau dah sebut depan family budak tu, maksudnya kau serious. Kalau kau tak rasa yang kau sayang budak tu, jangan pernah sekali kali sebut yang kau nak kahwin dengan dia.

Tapi memang aku syak sebab dia takut nak hadapi risiko. Well, korang mesti faham. Belanja medical aku je memang tinggi. Lagi lagi kalau time tengah flare. Lagi satu aku perasan dia jadi macam ni lepas aku sakit. Ketara sangat kut. 

Entahlah, lama lama aku fikir macam lantaklah apa nak jadi dengan kau. Nak tunang ke nak kahwin ke hidup mati ke, tu hidup kau aku takde kena mengena dah dalam hidup kau. Kau nak anggap aku adik kau sekali pun suka hati lah. Bagi aku kau cuma macam angin yang memang aku tak nampak tak rasa pun yang kau wujud. Cuma satu jelah aku takkan lupa yang kau lah yang tarik aku dari zaman jahiliah ke zaman ada lah sikit iman dalam hati aku.

Tipulah weh kalau aku tak sedih. Tipulah aku kalau aku tak rasa macam hidup aku dah tunggang terbalik. Tiga tahun weh. Tiga tahun. Tapi aku kena tunjuk aku kuat. Lagipun time tengah tengah busy nak final ni aku tak sempat nak fikir apa apa, Cuma, aku takkan buang semua hadiah kenangan dari dia supaya aku akan sentiasa ingat lelaki macam dia lah dah lukakan hati aku. Supaya aku tak tersangkut lagi dengan orang macam dia. 

12:43 AM •

2 Comments:

Blogger Rodiah Amir said...

As salam. tergerak hati nak leave comment. tak pandai bagi nasihat. tapi..Allah sentiasa bersama org yg sabar. Bagusla dia pergi dari hidup awak sebelum kamu berdua melangkah lebih jauh. utk lelaki penakut mcm dia tak layak utk perempuan dan keluarga sekuat awak. Saya tak kenal peribadi awak hanya di blog..tapi saya yakin..org2 yang dipilih Allah utk diduga sesungguhnya mereka punya kekuatan luarbiasa lebih drpada org yang x diuji.
teruskan menulis dan meluahkan kalau awak rasa itu menenangkan. Selamat maju jaya utk exam. Masa depan dan keluarga perkara utama saat ni. Semoga Allah merahmati awak.

December 16, 2015 4:40 PM  
Blogger Qiell Kamal:) said...

Wasalam Rodiah Amir. Saya tak tahu siapa awak. Saya mungkin kenal awak. Mungkin jugak tidak. Tapi ayat ayat awak bagi kekuatan pada saya. Terima kasih atas nasihat dan ayat ayat tu. In shaa Allah. Saya cuba kuatkan diri. CUba tabahkan hati. Semoga Allah merahmatimu juga. Amin

December 16, 2015 9:39 PM  

Post a Comment

Please leave some comment here♥.

PASTFUTURE
My words!


" I just wanna fly away with my heart from all the bitch for a while "
Blogger since April 2009


Status : CURRENTLY IN LOVE ❤

Tagboard

" Please Spread Your Love Here ? "


Throwback

November 2012

February 2013

March 2013

May 2013

June 2013

August 2013

September 2013

October 2013

January 2014

April 2014

May 2014

June 2014

August 2014

September 2014

January 2015

April 2015

August 2015

October 2015

December 2015

July 2016

January 2017


Credits

Full edit: Qiell Kamal
Basecode: Qiell Kamal
Photo: We Heart It
Design: Inspired by Glam Up by Sora Template

Thanks GuysXD